14 September 2012

ADEGAN YANG TAK INGIN KITA LIHAT : GURU DISIPLIN DIBANTAI OLEH 15 ORANG PELAJAR



KES BERLAKU DI ALOR SETAR

Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini. Kejadian itu berlaku pada 11 September 2012, Selasa lalu. Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.  Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya. Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,”

KOMEN CIKGU ZUL

Pelajar sekarang semakin biadap dan tidak berhati perut. Mereka sanggup mencederakan guru dan ibu bapa sendiri serta orang yang rapat dengan mereka hanya kerana ditegur atau tidak mendapat apa yang diminta. Oleh sebab itu, para guru disiplin mahupun guru yang bukan guru disiplin, perlu menjalankan tugas dalam berkumpulan dan jangan bersendirian. Kita harus ingat, dengan karenah pelajar dan ibu bapa yang pandai memutarbelitkan fakta pada masa ini, kita kena berkerja dengan lebih cermat. Jangan sampai kita ditindas oleh kebiadapan anak didik kita sendiri. Pelajar sekarang tidak sama dengan pelajar dahulu, begitu juga dengan ibu bapa sekarang sudah jauh berbeza dengan ibu bapa dahulu. Mereka akan cuba sedaya upaya mencari salah dan silap guru untuk bertindak bagi tujuan yang mereka sendiripun tidak tahu.

Jika guru menegur terimalah teguran dan 
berubahlah ke arah kebaikan demi masa depan diri 
yang gemilang. Sekolah merupakan tempat untuk membina modal insan yang berkeperibadian mulia bukannya kilang yang mengeluarkan barang-barang yang tidak menepati cita rasa dan kualiti produk 
bertaraf antarabangsa. Guru merupakan insan yang seharusnya kita hormati bukannya objek yang 
dijadikan sasaran untuk dihina dan disakiti. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails