16 Mei 2012

UCAPAN SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia,


Sempena kedatangan Hari Guru yang bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara", Cikgu Zul dengan bangganya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" dan "Terima Kasih, Cikgu" kepada semua guru di seluruh Malaysia terutamanya, guru-guru yang pernah mendidik dan mengasuh Cikgu Zul sehingga menjadikan diri ini menjadi "Cikgu" seperti cikgu. Pengorbanan cikgu-cikgu sekalian tidak ternilai dengan segala harta benda yang ada di dunia yang fana ini. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah diri yang hina ini menyanjungi jasa dan pengorbanan kalian. 

Iman Al-Ghazali pernah mengatakan 

"Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa-apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua, akan celaka selamanya.


Hayatilah sajak yang tidak seberapa ciptaan ikhlas daripada Cikgu Zul ini.


Hanya kita yang faham hati kita
Hanya kita yang rasa susah kita
Hanya kita yang tahu rasa kita
Hanya kita yang kenal diri kita
Hanya kita yang fasih bahasa kita
Hanya kita yang arif dunia kita
Hanya kita yang atur diri kita
Hanya kita sahaja


Orang itu hanya tahu mencerca
Orang itu hanya tahu mengata
Orang itu hanya tahu menghina
Orang itu hanya tahu memperlekeh
Orang itu hanya tahu membandingkan
Orang itu hanya tahu menidakkan
Itu sahaja dia tahu
Biarkanlah


Kita tak pernah berputus asa
Walaupun tak kaya tak berharta
Kita tak pernah membalas
Walau ditembak berdas-das
Kita tak pernah berdemonstrasi
Walau tak diberi pangkat dan kenaikan gaji
Kita cekal memberikan ilmu
Kerana kita tahu
Kitalah pembentuk generasi baru


Kalau kita tiada
Punah negara
Kalau kita tak kerja
Hancur merdeka
Kalau kita tak jaga
Habislah keluarga


Murninya tugas kita
Hanya kita yang tahu murninya


Terima kasih Cikgu
Selamat Hari Guru




Nukilan
Cikgu Zulkarnain Farihin
SMK Sacred Heart
Sibu, Sarawak
16 Mei 2012
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails