Pengikut

23 Januari 2011

KARANGAN JENIS LAPORAN

TAJUK KARANGAN
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga.

Nama Pelajar : Hii Ming dan Janet Wong
Kelas : Tingkatan Enam Atas 3
Nama Guru : Encik Zulkarnain Farihin Mustakim


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH KEGANASAN RUMAH TANGGA

1.0       Pendahuluan
          Keganasan rumah tangga merupakan satu penyakit sosial yang semakin menular di negara kita. Keganasan  rumah tangga sering kali berlaku dalam sesebuah keluarga dan disebabkan oleh banyak faktor. Isu ini telah menjadi pembualan hangat masyarakat, namun tiada langkah yang benar-benar efektif telah diambil untuk membendung  masalah ini. Keganasan yang  berlaku adalah seperti penderaan terhadap anak,isteri,suami dan sebagainya. Fenomena ini akan menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap mangsa dera, masyarakat, dan negara sekiranya berlaku secara berterusan. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Masyarakat Sibu, kami bertanggungjawab untuk menyediakan suatu laporan berkenaan dengan langkah-langkah mengatasi masalah ini daripada berlaku.

2.0       Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: Prince Jerico
Naib Pengerusi: Hii Ming
Setiausaha: Janet wong
Bendahari : Richard Tiong

Ahli Jawatankuasa

1.     Wong King Hong
2.     Alvin Ling Chung Han
3.     Phildhawa al-Ivani

3.0       Langkah-langkah Mengatasi

3.1   Kursus Keibubapaan

Sesungguhnya, pihak kerajaan harus mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin supaya mengikut Kursus keibubapaan sebelum mereka berkahwin. Kursus ini membolehkan setiap pasangan yang mahu berkahwin supaya lebih memahami konsep perkahwinan. Melalui kursus ini, setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa akan menyedari peranan  tanggungjawab masing-masing. Keadaan ini sekali gus mendedahkan setiap pasangan menyelesaikan sebarang konflik dalam keluarga dengan fikiran yang matang dan rasional. Dengan ini, keganasan rumah tangga yang berpunca daripada ibu bapa dapat dikurangkan. Tuntasnya, kursus keibubapaan kepada pasangan yang ingin berkahwin memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah keganasan rumah tangga.

3.2   Pendidikan Agama

Pendidikan agama yang kukuh perlu ada dalam diri  setiap pasangan yang ingin berkahwin. Pendidikan agama membolehkan setiap individu membezakan baik dan buruk setiap perbuatan mereka. Selain itu,individu yang mempunyai pendidikan agama tidak cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan salah dari sisi undang-undang. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai pedoman dan arah tuju yang jelas dalam kehidupan mereka. Semua ini akan menjadikan setiap pasangan yang bakal berkahwin supaya sabar dan kurang tertekan dengan setiap perkara yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Ringkasnya, masalah keganasan rumah tangga dapat diatasi melalui pendidikan agama.

3.3  Menguatkuasakan Akta dan Undang-undang

Pihak berkuasa boleh meggubal dan menguatkuasakan akta den undang-undang yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga. Sebagai contoh, Akta Perlindungan Kanak-kanak telah digubal untuk memberi perlindungan dari segi undang-undang. Setiap individu khasnya kanak-kanak dan wanita diberikan perlindungan dari segi undang-undang menerusi akta ini. Sebarang bentuk penderaan @penyelesaian terhadap ahli keluarga yang lain akan dihukum mengikut undang-undang. Sekiranya pesalah sebegini tidak ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Mereka akan mengulangi tabiat suka mendera. Jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang berkaitan mampu menangani masalah ini.

3.4    Peranan Jiran

Jiran juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah keganasan rumah tangga. Jiran harus melaporkan sebarang bentuk keganasan rumah tangga kepada   pihak polis agar tindakan yang sesuai dan segera dapat diambil. Jiran tidak sepatutnya  bersikap materialistik dan individualistik, bak kata pepatah seperti ‘‘enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing’’. Mereka harus mengelakkan tanggapan seperti urusan orang lain kerana bimbang dimahari atau dikatakan penyibuk. Sebaliknya, individu sabagai jiran harus prihatin terhadap perkara yang berlaku di sekitarnya. Berdasarkan huraian di atas, ternyatalah jiran yang prihatin dan peka dapat membantu membendung masalah keganasan rumah tangga.
3.5    Pendidikan Formal Di Sekolah
  
Pendidikan moral dan agama di sekolah yang diwajibkan kepada setiap palajar dapat membantu masalah ini. Dalam hal ini, para pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik murid-murid mereka supaya menjadi insan yang penyayang dan pengasih. Kesedaran berkenaan dengan keganasan rumah tangga perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah ‘‘kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya’’, sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga mereka dewasa. Memang tidak dapat dipertikainya bahawa pendidikan moral dan agama di sekolah kepada pelajar antara langkah penting untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga.

4.0       Kesimpulan

Keganasan rumah tangga merupakan sautu jenayah yang mengakibatkan keluarga porak-peranda. Masalah ini perlu dibanteras supaya tidak menular dan bertambah teruk. Oleh itu, setiap individu, masyarakat, pihak berkuasa dan kerajaan haruslah bersama-sama untuk memastikan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini akan berjaya. Dengan itu, besarlah harapan kita untik melihat masyarakat dapat hidup aman dan anak-anak dapat belajar dengan baik. Marilah kita bersama-sama membina warganegara Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

 Laporan disediakan oleh,
janet wong
(JANET WONG)
Setiausaha
Pembangunan Wanita dan Masyarakat
Daerah Sibu

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails