Followers

27 September 2010

SKEMA JAWAPAN CADANGAN RUMUSAN KARANGAN STPM 2010

PERHATIAN : SILA RUJUK SOALAN STPM 2009


ISI UTAMA

Ramai yang tidak peduli atau menyedari bahawa mereka mengambil makanan yang diubahsuai genetiknya, walaupun penghasilan makanan tersebut menjadi isu antarabangsa. Disebabkan makanan ini dikatakan mengancam kesihatan sesetengah negara mengawal penjualannya dengan ketat.

Nota :

Pelajar yang mendapat IUT (Isi Utama Tepat) mesti betul 3/5, 4/5 atau 5/5 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (IUL)

ISI SAMPINGAN

ISI SAMPINGAN 1
Makanan yang diuabhsuaikan genetiknya ialah makanan yang diubahsuaikan sifat genetik mikroorganismanya melalui penggunaan teknologi pengubahsuaian.

Nota :

Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 2/2 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)

ISI SAMPINGAN 2
Mikroorganisme itu mungkin diciptakan sebagai bioracun dan sebagai perisai tanaman supaya tanaman  kebal penyakit serta tahan bencana alam.

Nota :

Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 2/3 atau 3/3 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)

ISI SAMPINGAN 3
Teknologi pengubahsuaian genetik memberikan manfaat kepada penduduk di negara yang sering mengalami kebuluran dan perubahan cuaca yang menjejaskan tanaman. Hal ini membantu negara tersebut menambah hasil tanaman dengan cepat.

Nota :

Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 2/3 atau 3/3 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)

ISI SAMPINGAN 4
Tanaman yang diubahsuaikan genetiknya juga mendapat sambutan pengeluar yang bermatlamat untuk menghasilkan produk yang banyak dengan cepat dan murah. Hal ini menguntungkan pengeluar.

Nota
Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 3/5, 4/5 atau 5/5 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)
 ISI SAMPINGAN 5

Walau bagaimanapun, ada pihak yang menolak makanan yang diubahsuaikan genetiknya ini kerana beberapa kajian mendapati bahawa makanan ini boleh mengakibatkan kesan sampingan dalam jangka panjang.

Nota :

Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 2/2 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)

ISI SAMPINGAN 6
Sungguhpun teknologi ini dan hasilnya menarik namun belum ada kajian yang dibuat untuk meneliti kesan pengambilan makanan tersebut dalam jangka panjang.

Nota :

Pelajar yang mendapat IS (Isi Tepat) mesti betul 2/2 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap. (ISL)

ISI PENUTUP

Dalam jangka pendek, teknologi ini dapat mempercepat pengeluaran makanan tanaman secara besar-besaran. Dalam keadaan dunia yang mengalami pemanasan global dan cuaca yang tidak menentu, teknologi ini penting. Walaupun demikian, timbul persoalan tentang kesesuaian makanan tersebut.

Nota :
Pelajar yang mendapat KT (Kesimpulan Tepat) mesti betul 3/4 atau 4/4 daripada isi yang diberikan. Kurang daripada itu dianggap tidak lengkap.

2 comments:

Anonymous said...

nak karangan yang best !!!!!

Anonymous said...

saya ssh mahu buat rumusan tolong ajar saya..plezz

Related Posts with Thumbnails