Pengikut

28 September 2010

KES KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH


SOALAN KARANGAN
Kes keracunan makanan semakin berleluasa di sekolah-sekolah di negara kita. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda bercadang untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan melihat keadaan ini berlaku dan menekankan bahawa beberapa langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengatasi keadaan tersebut. Tuliskan memorandum tersebut dengan selengkapnya.

FORMAT : MEMORANDUM

KEHENDAK SOALAN
Calon diminta menulis satu memorandum tentang kekesalan melihat kes keracunan makanan di sekolah dan mencadangkan beberapa langkah yang wajar untuk mengatasi masalah tersebut.

PENDAHULUAN
Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah dalam negara kita kian membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Perkara ini menyebabkan kebimbangan kepada banyak pihak yang mula menyatakan kekesalan mereka kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai kegagalan kita dalam menangani kes ini. Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri untuk menyatakan kekesalan tersebut dan mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

PENYATAAN MASALAH
1. Kekesalan mengenai kurangnya amalan menjaga kebersihan makanan oleh pihak kantin sekolah. Pihak sekolah pula kurang membuat pemantauan ke atas cara-cara penyediaan makanan di kantin/asrama sekolah.

2. Pengusaha kantin sekolah yang terlibat dalam kes keracunan tidak disenaraihitamkan. Tamatkan kontrak agar tidak menimbulkan kes berulang.

3. Pengusaha kantin kurang berhati – hati semasa memilih dan menentukan pembekal bahan mentah yang bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran

CADANGAN UNTUK MENGATASI
1. Pemantauan yang secara berjadual dan berterusan.

2. Surat akuan pengiktirafan kesihatan pengusaha / penyedia makanan kantin sekolah yang dikeluarkan pihak hospital kerajaan dan jabatan kerajaaan sebagai jaminan / bukti / tahap kesihatan harus melibatkan semua .

3. Pemeriksaan kesihatan terhadap pengusaha kantin dan pembantunya wajib dilakukan, seperti mengambil suntikan tifiod supaya terpelihara daripada pembawa penyakit berjangkit

KESIMPULAN

Masalah ini perlu di atasi dengan bijaksana demi kesejahteraan anak-anak didik kita yang masih menuntut di bangku sekolah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih utk karangan ini....

Related Posts with Thumbnails