Followers

28 September 2010

KEBAIKAN PUSAT TUISYEN


TAJUK KARANGAN

Pusat-pusat tuisyen menjadi tumpuan pelajar bagi meningkatkan prestasi akademik. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan pusat tuisyen terhadap diri anda.


PENDAHULUAN
• semakin banyak ditubuhkan terutamanya di kawasan bandar – bagai “cendawan tumbuh selepas hujan”
• berlumba-lumba menghantar anak ke pusat tuisyen
• terlalu mementingkan pencapaian akademik anak di era siber yang pesat membangun
• tidak mahu anak ketinggalan dalam pelajaran
• banyak mendatangkan kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik mereka


ISI PERTAMA
• membolehkan seseorang fokus kepada pelajaran sepenuhnya
• banyak gangguan di sekolah sehingga tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar
• rakan-rakan bising sehingga menganggu konsentrasi
• guru pula tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kerana terlalu banyak pelajar
• tuisyen – bilangan pelajar sedikit
• guru boleh mengesan kelemahan pelajar – memperbaiki kelemahan tersebut


ISI KEDUA
• pelajar tuisyen – biasanya pelajar yang pintar
• tidak mahu membuang masa kerana “masa itu emas”
• lebih suka berbincang secara dekat dengan guru-guru
• hanya diperoleh di pusat tuisyen – guru di sekolah sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan
• di pusat tuisyen – lebih mudah bertanya dan bersoal jawab dengan guru
• guru dapat memberi penerangan dengan lebih jelas


ISI KETIGA
• bilangan pelajar agak sedikit
• guru dapat memberikan bimbingan secara individu
• dapat mendatangkan kesan yang agak maksimum kepada pelajar
• hubungan pelajar dengan guru lebih rapat
• pelajar tidak segan-segan menyuarakan kelemahan mereka kepada guru untuk diperbaiki
• guru tuisyen lebih peramah dan mesra


ISI KEEMPAT
• fasiliti di pusat tuisyen jauh lebih baik jika dibandingkan dengan di sekolah
• ada kemudahan pendingin hawa – dapat belajar lebih selesa
• meja yang digunakan lebih sesuai dan kerusi empuk
• bilik darjah lebih cantik dan ceria – membangkitkan semangat belajar
• kemudahan untuk mengajar lebih canggih
• membantu meningkatkan pencapaian pelajar agar menjadi lebih cemerlang


ISI KELIMA
• susunan jadual waktu pembelajaran lebih fleksibal
• di sekolah – jadual waktu telah ditetapkan sama ada waktu pembelajaran sesuai atau tidak
• waktu yang terlepas boleh diganti balik
• kelas tuisyen biasanya dibuat sebelah petang atau malam
• mudah diikuti oleh murid


PENUTUP
• alternatif terbaik bagi pelajar yang mahu berjaya dalam pelajaran
• mesti memilih pusat tuisyen yang benar-benar boleh membantu kita untuk meningkatkan prestasi
• beberapa aspek penting seperti yuran dan guru yang mengajar harus diambil kira
• pencapaian yang cemerlang dalam akademik akan menjadi ukuran kejayaan di hari muka
• jangan menyalahgunakan kemudahan tuisyen – “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”

No comments:

Related Posts with Thumbnails