JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



28 Ogos 2010

KARANGAN SPM: ORANG GAJI WARGA ASING


SOALAN KARANGAN

Pengambilan orang gaji asing telah menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan masalah yang timbul akibat pengambilan orang gaji asing bekerja di Negara kita dan usaha-usaha untuk mengatasinya.

Dalam keghairahan kita merealisasikan pelbagai visi kudsi negara seperti Wawasan 2010, 1 Malaysia, dan Model Ekonomi Baru, kita harus peka dengan persekitaran sosial yang berlaku di sekeliling kita. Salah satu daripadanya ialah isu pengambilan orang gaji asing. Secara literalnya, orang gaji asing didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara diambil bekerja sebagai pembantu rumah di negara kita. Nampaknya, hari demi hari kit akan berhadapan dengan pelbagai fenomena sama ada baik atu buruk berkaitan dengan pengambilan orang gaji asing ini. Oleh itu, masalah-masalah yang timbul dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Sudah terang lagi bersuluh, masalah utama yang wujud ialah penderaan ke atas orang gaji asing semakin membimbangkan. Penderaan tersebut biasanya dilakukan oleh majikan. Majikan cenderung untuk mendera orang gaji mereka disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan hidup ataupun sikap cuai orang gaji asing yang bekerja dengan mereka. Pada kebiasaannya, penderaan yang dilakukan ke atas orang gaji adalah dengan menyimbah badan mereka dengan air panas, tidak memberi mereka makan, membiarkan mereka bekerja tanpa berehat, dan sebagainya. Akibatnya, banyak orang gaji yang melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh majikan mereka. Jelaslah bahawa penderaan ke atas orang gaji merupakan masalah yang wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak.

Sudah jelas lagi nyata, masalah perdana yang perlu diteliti ialah hubungan diplomatik antara dua negara boleh terjejas. Pemimpin di negara asal orang gaji tersebut biasanya menyalahkan kerajaan negara kita setiap kali berlakunya kes penderaan ke atas orang gaji yang berasal dari negara mereka. Hal ini demikian kerana mereka terpengaruh dengan laporan berat sebelah yang disiarkan oleh media massa. Kenyataan yang berupa kritikan dan kadang kala amaran boleh menimbulkan perbalahan jika tidak ditangani dengan bijaksana. Akibatnya, penghantaran orang gaji asing ke negara kita mungkin akan diberhentikan. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang terbabit.

Seterusnya, masalah lain yang tidak kurang pentingnya ialah pengambilan orang gaji asing memerlukan kos yang tinggi. Kos yang tinggi diperlukan untuk membiayai pelbagai urusan dengan syarikat yang menguruskan pengambilan orang gaji asing. Hal ini demikian kerana kebanyakan syarikat mengenakan pelbagai caj tertentu yang mencecah ribuan ringgit kepada kita. Perkara ini menyebabkan majikan mudah panas hati apabila mereka diberikan orang gaji yang tidak tahu bekerja dan sentiasa menyusahkan mereka. Sebagai contohnya, majikan terpaksa membayar sejumlah RM5000 hingga RM7000 bagi mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah dari Indonesia. Tuntasnya, kos yang tinggi merupakan satu lagi masalah yang wujud ekoran pengambilan orang gaji asing.

Masalah ini wajar ditangani segera. Di samping itu, usaha mengatasi yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan rakyat tempatan bekerja sebagai pembantu rumah. Pada masa ini, rakyat tempatan tidak suka menjadi pembantu rumah. Hal ini demikian kerana kerjaya ini dianggap kerjaya yang tidak glamour dan bergaji rendah. Jadi, kerajaan haruslah memikirkan cara-cara yang lebih sistematik dan pragmatik untuk menarik minat rakyat tempatan untuk menceburi kerjaya ini. Sebagai contohnya, gaji pembantu rumah boleh dinaikkan sehingga RM800.00 sebulan. Dalam hal ini dapatlah dirumuskan bahawa sekiranya rakyat tempatan berminat menjadi pembantu rumah masalah yang melibatkan orang gaji asing sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

Selanjutnya, kita juga perlu melihat perkara ini dari aspek penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi orang gaji asing daripada dianiaya dan didera oleh majikan. Sesetengah majikan bertindak kejam dengan melakukan penderaan ke atas pembantu rumah sehingga ada yang cedera parah. Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor sama ada berpunca daripada majikan mahupun pembantu rumah itu sendiri. Sebagai contohnya, ada pembantu rumah yang disimbah dengan air panas, dicucuh dengan puntung rokok, ditekap dengan sterika, dipaksa bekerja tanpa rehat dan sebagainya. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini menyebabkan pembantu rumah asing takut untuk datang bekerja di Malaysia. Jadi, penguatkuasaan undang-undang akan menjadikan nasib orang gaji asing lebih terbela di negara kita.

Berdasarkan segala huraian di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing bekerja di negara kita memang ada pro dan kontranya. Sama ada kita sedar atau tidak, kita terlalu bergantung kepada orang gaji asing untuk menguruskan kehidupan kita sehari-hari. Dengan itu, masyarakat harus berkesedaran bahawa kebahagiaan dan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan bertungangkan pengorbanan mereka terhadap keluarga mereka sendiri. Kita tidak mahu lambakan orang gaji asing yang bekerja di negara kita menimbulkan pelbagai masalah sosial. Insya-Allah, berkat doa dan usaha yang berterusan segala yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.

14 ulasan:

nabihah bt mohd noor berkata...

karangan ini cukup bagus untuk saya jadikan rujukan dan mudah untuk saya menambahkan lagi isi karangan saya ..

CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL" berkata...

Terima kasih. Teruskan membaca

Tanpa Nama berkata...

sgt bgus blog ni..
jd sy mmohon izin anda untuk mgambil bbrapa karangan untk dijadikn latihan karangn cnth sy..
harap kamu mmbenarknnya..

Tanpa Nama berkata...

BGUS3...

Tanpa Nama berkata...

1 karangan yang bgus..tetapI kurang ada peribahasa..
Sye pljar akan mndduki SPM thun ini..Waima sye bkan lah pljar cmerlang,,
guru sye mnyuruh sye mmsukkan skurangnya 10 pribhse dlm krngan sy bgy mmbzakan sye dgan pljar SPM lain dan mgelakkan pmriksa bosan apbila bce krangan sye nnt..sye berhrap ada
krangan yang akan mnunjukkan ciri2 pljar cmerlang..
tme ksih..

Roslina Abu berkata...

Assalamualaikum cikgu Farihin.. Selamat Hari Raya..tahniah kerana blog berubah wajah..lebih cantik..dan lebih bermakna...
Terima kasih kepada cikgu.. kerana banyak bahan yang bermakna dapat saya gunakan.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih!

Unknown berkata...

terima kasih kerana memberi maklumat..diharap cikgu dpt menambah lg jenis karangan berformat lebih2 lg utk pelajar stpm...sy minta izin utk copy karangan cikgu :)

Unknown berkata...

terima kasih utk maklumat yg tepat...
diharap cikgu dpt menambah lg jenis-jenis karangan berformat terutamanya utk pelajar stpm....sy minta izin utk copy and paste karangan cikgu...
salam damai :)

Tanpa Nama berkata...

mohon copy isi sebagai bahan rujukan sya

Tanpa Nama berkata...

mohon copy maklumat yg ada dlm blog sebagai rujukan syee , terima kasih .lmu ini sangat beguna

Unknown berkata...

mohon copy maklumat dalam blog ni sebagai rujukan saye , mohon izinkan

Tanpa Nama berkata...

mohon izinkan mengambil maklumat dalam ni sebagai rujukan saye belajar . mohon izinkan

Tanpa Nama berkata...

mohon copy maklumat dalam blog ni sebagai rujukan saya , mohon izinkan