JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Mei 2010

PENDAPAT CIKGU ZUL : GURU LAMA VS GURU BARU

Pertama kali saya datang ke sekolah tempat saya mengajar sekarang, saya bagaikan terpinga-pinga kerana orang hanya tersenyum dan tidak menyapa. Masuk ke dalam kelas pula pelajar-pelajar seolah-olah tidak menerima kehadiran dan tidak menghiraukan pun kehadiran saya. Seksanya hanya saya dan Allah sahaja yang tahu. Saya memasang niat untuk meninggalkan dunia perguruan dan saban hari jiwa saya diamuk penyesalan kerana memilih kerjaya ini. Untuk menyesuaikan diri saya mengambil masa yang lama, malahan untuk mendapat kawan dan kenalan rapat sesama guru amat sukar kerana setiap orang guru di sekolah saya terlalu sibuk dengan bermacam-macam program. Sebagai guru baru saya perlukan sokongan dan tunjuk ajar namun semua itu payah sangat untuk saya peroleh.

Zaman berubah dan musim pun berbunga, tahun demi tahun saya semakin matang dan kini setelah 13 tahun berkhidmat di sini saya sudah pandai menyesuaikan diri dengan guru-guru dan para pelajar. Hidup saya terasa indah dan bahagia. Sesekali saya memerhatikan guru-guru baru dari jauh dan ada ketika saya sengaja bertanya mengenai pengalaman mereka bersosialisasi sesama guru. Kebanyakannya memberikan reaksi yang hampir sama dengan alasan saya dahulu. Konklusinya, saya memohon guru-guru lama silalah beri pertolongan kepada guru-guru baru dan begitulah sebaliknya. Jangan sisihkan dan biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri. Sebagai guru lama kita hendaklah merendah diri tanpa kerugian apa dengan bertanya khabar atau beramah mesra dengan guru yang lain

Tiada ulasan: