JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Mei 2010

PANDANGAN CIKGU ZUL : PERLU KE UCAPAN "SELAMAT PAGI CIKGU"

Ungkapan keramat lagi beradat "selamat pagi cikgu" atau "salam sejahtera cikgu" atau "Assalamualaikum Cikgu" kadang-kadang tidak diamalkan sekarang ini terutama di sekolah-sekolah menengah. Cikgu masuk ke dalam kelas dan cikgu keluar dari kelas setelah habis P & P, tidak dialukan dengan ucapan "Selamat Pagi Cikgu" dan "Terima kasih Cikgu". Bagi sesetengah guru perkara ini leceh atau tidak penting, tetapi disitulah asas untuk kita menanam nilai kesyukuran dan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar yang kita didik.

Bagi saya, bukan sahaja pelajar yang perlu mengucapkan "Selamat pagi", guru sendiri juga harus mengucapkan salam sebelum disambut dengan ucapan "selamat pagi" daripada para pelajar-pelajar beliau. Amalan itu akan menjadikan proses kita mendidik pelajar berhemah dan berbudi bahasa akan lebih mudah.

Tiada ulasan: