Pengikut

15 Oktober 2009

BENTUK-BENTUK MAKNA DARIPADA HUBUNGAN SEMANTIK

Sinonim
merupakan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh : cantik=indah, hangat = panas, percaya = yakin

Antonim

merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh : langit lawannya bumi, Panas lawannya sejuk, Kuat lawannya lemah
Hiponim

kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh : perabot (mempunyai makna umum), Kerusi, meja, almari, katil, sofa (mempunyai makna khusus)
Jadi kata perabot merupakan kata hiponim yang melingkungi benda-benda seperti kerusi, meja, almari, katil dan sofa.
Meronim

perkataan-perkataan yang menunjukkan hubungan sebahagian daripada.
Contoh : atap, dinding, lantai, tingkap, dapur ialah sebahagian daripada rumah dan oleh itu perkataan tersebut menjadi meronim kepada rumah.
Polisim

satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna.
Contoh :
kata mentah mempunyai set makna yang berikut :
Masih muda (untuk buah-buahan)
Tidak masak (masakan)
Belum masak (makanan)
Belum diproses (bahan galian dan lain-lain)
Belum sempurna akal atau fikiran atau belum matang (untuk orang)
Homonim

dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza.
Contoh :
daki : kotoran yang melekat pada badan
Daki : memanjat (gunung, bukit)

Homofon

kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
Contoh : masa dan (media) massa.

Homograf

kata-kata yang sama ejaannya dan mempunyai sebutan yang berbeza.
Contoh : semak (belukar), semak (meneliti dan memeriksa semula) Perang (war), perang (warna blonde)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails